najwamf

Disclaimer


Assalamualaikum et bonjour.

May Allah grants you with all His blessings, loves and prosperities

EXIT



Entries About Link Stuff

Rewind



Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Usui's
Others:   
TAKUT.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Credit : Abah

20/09/2014 ; 09:17

Aku bangun pagi dalam keadaan yang sangat penat, sangat letih. Bagaikan malam tadi terlalu lama, lama sehingga aku terlepas Subuh. Damn. 

Pening dan takut. Itu yang aku rasa zahir batin tepat mata mencelik. Memang dah siang. Siang yang biasa. Cerah dengan matahari yang menyinar. Angin sepoi-sepoi lughah menyapa. Lughah ? Ah, lupa. Again. Aku dah lambat ke kelas Arab. 

Akal dalam dilemma, otak masih mencerna. Mimpi yang panjang tadi sangat ngeri. Terlalu ngeri, sehingga aku sendiri terjaga dengan badan berpeluh-peluh. 

Ini kali pertama. 
Dalam enam belas tahun, mimpi bukanlah suatu yang ganjil. Tapi mimpi yang tadi, yes sangat ganjil.

*****

Aku pulang ke rumah, entah dari mana. Nak kata lewat, tak juga. Hari masih siang, cuma langit yang mendung. Sedang aku berkerut-kerut melihat langit yang bertukar gelap, oyen menegur. Entah kenapa dia ada kat rumah aku pun tak tahulah. Aku tak ingat soalan apa yang ditanya, yang aku tahu dia terus ke dapur dan biarkan aku disitu. Merenung langit yang masih pelik bagiku. Mendung ? Itu biasa, petanda nak hujan. Tapi ini bukan mendung biasa. Malah, langit terlalu gelap dan keruh seolah-olah bersedia menghadapi kemusnahan. 

Aku takut. Sungguh, waktu itu hati berdebar-debar menanti apa yang terjadi. Satu perasaan takut yang terlalu takut hadir. Ini bukan main-main sebab aku memang jarang nak takut. Sedangkan malam pun berani mencari si hantu. Tapi ini bukan takut sekadar takut. Takut yang amat sampai aku hampir pengsan melihat sebuah kapal terbang sednag menjunam ke dalam laut. Laut ? Bila pulak rumah aku ala-ala kat Batu Feringghi ? 

Aku lihat sekeliling. Kenapa orang tak berlari ? Meminta pertolongan atau apa sahaja. Ini terlalu pelik. Aku menjengul ke luar tingkap. Orang yang berada sekeliling pantai seolah-olah berada dalam dunia sendiri. Seolah-olah tak melihat kapal terbang yang hampir terhempas. Eh wait, kenapa masa seakan terhenti ? Kapal terbang yang terhempas berhenti seketika, tepat pada mata kepalaku. Kapal yang sedang menjunam jatuh, behenti ? Sekadar sesaat agar aku dapat lihat betapa dasyatnya dan teruknya kapal itu musnah bersama penumpangnya. Takut. Itu yang aku rasa. 

Kapal sudah jatuh menyembah lautan. Dengan bunyi yang terlalu nyaring sampai nak pekak teling aku. Tapi orang sekeliling ? Masih normal, menajalani hidup seperti tiada apa yang terjadi. Aku hairan. Aku takut. Langit masih gelap, terlalu gelap. Air laut sudah keruh dan badan kapal bersepah-sepah di muka air. Mayat berlimpangan merata-rata. Aku pelik.

Pokok banyak yang dah tumbang, hampir 90 pertaus agaknya. Sempat aku berfikir, mana nak dapat oksigen ? Aku melihat ke kanan dan ke kiri. Benar, aku rasa dunia nak musnah. Melihatkan kemusnahan depan mata-tak-sedar aku (yakni dalam mimpi) aku sangat pasti ini bukan war antara negara atau bencana alam biasa. This is not normal okay. Too abnormal to be seen. 

Terkelu dan terkaku.Itu yang aku rasa pabila, tiada siapa di rumah aku. Cuma aku dan oyen. Dia nampak gelisah tapi riaknya tenang. Keadaan di luar rumah tetap sama, makin banyak kemusnahan yang terjadi. Jam demi jam, air laut makin surut. Surut yang bagaikan tidak akan berisi lagi. Dan aku berfikir, mana nak dapat air lepas ini ? Macam mana nak hidup ? 

Aku dah tak ingat apa yang aku lihat dengan mata-tak-sedar, sebab aku sendiri rasa macam nak jadi buta je. Tak sanggup nak hadap apa yang terjadi di luar, lekas-lekas aku masuk ke bilik air. Ambil wudhu' dan bersiap nak solat. Tapi aku terhenti. Aku kalih pada oyen dan bertanya "Apa yang tengah terjadi ni sama ke dengan apa yang akal aku tengah pikir ?" Oyen balas. "Aku rasa ya." Dia macam boleh agak apa yang aku fikir dan rasa lantas dia tepuk bahu aku dan berkata "Jangan risau, jangan tinggal solat." (lebih kurang macam ni kut ayat dia, tah aku tak ingat)

Aku teruskan. Ambil wudhu dan bersiap nak solat. Tapi... solat apa ? Hari masih siang dan aku sangat pasti Zohor dah lepas, tapi belum Asar. Baru aku sedar,  aku tak pasti sekarang waktu apa dan pukul berapa. Aku angkat tangan melihat jam yang kupakai. Tepat menunjukkan angka sembilandan jarum jam mati. Pehal aku pakai jam mati, bodoh ! Aku kalih pada jam dinding. Juga mati. Aku dah marah-marah. Adik tinggi saja nak tukar jam pun malas. Entah kenapa terdetik nak marah adik yang tinggi daripadaku itu. Saat ini baru aku tersedar, mana orang rumah ? Takkan dunia begini pun masih berjalan di luar. Sungguh aku hairan. Ah, lantak. 

Aku solat. Entah solat apa pun aku taktau. Elok dah habis bagi salam wajib, tiba-tiba aku dengar bunyi letupan. Bukan bom. Itu bukan bunyi bom. Aku kenal bunyi bom, tapi itu benar-benar bukan bunyi bom. Lagi dasyat dari bom. Seolah-olah ada orang di atas yang memetir tanah di bumi. Orang atas ? Kali ini aku sedar, mana mungkin manusia yang berbuat demikian. Pasti ini kerja Tuhan yang Maha Berkuasa aku lekas-lekas menjerit panggil oyen. Sungguh, aku takut. Punyalah aku teriak, dia tak muncul tapi yang munculnya umi (mak akulah). Elok saja umi datang. Memang aku perlukan mak aku sekarang.

Memang sunguh-sungguh macam budak kecik yang ketakutan aku tarik telekung dan peluk mak aku. Sungguh-sungguh menangis sampai habis air mata agaknya. Aku cuma dengar umi kata "Jangan tinggal solat." Dan lepas tu, semuanya gelap. Sedar-sedar je aku dah buka mata. Semua kemusnahan yang tergambar mula hilang. Cuma, bayangan kapal terbang tu terhempas memang tak hilang dek ingatan.

Satu persatu benda ngeri aku nampak dengan mata-tak-sedar. Sungguh, jikalau aku tak bangun, nescaya itu bukan sekadar mimpi. Memang aku juga rasa itu bukan mimpi, kerna aku seolah-olah berada dalam dunia realiti. 

Srs, aku takut. Aku pening. Aku buntu. Akal tak henti-henti bertanya 'Apa ni ?' Tapi hati kuat mengatakan, dunia bakal musnah. Soon. So soon. 

*****

Aku bangun dan lekas-lekas keluar bilik. Handphone bunyi, Adilah telefon. "Hang kat mana ?" Aku tengah pening-pening jawab "Aku tak pi kelas Arab kut. Macam nak demam." Sungguh, macam nak demam. Tapi sekarang dah okay dan aku tengah makan aiskrim rainbow. AKu masih dengan degil aku, annoying aku, garang aku. Dunia masih normal. Tapi... andai suatu ketika memang semuanya tak dapat dihentikan, berbaliklah pada Tuhan. Allahu rabb.


TOLONG. Jangan tinggal solat dan terus berdoa. Ini bukan atas rasa sixth sense aku, tapi sungguh dunia memang tak lama. Semua ini bakal musnah. Entah bila, cuma Dia yang tahu. 




Older Post | Newer Post